SELAMAT DATANG

.

Pages

Jumat, 27 September 2013

Nur cinta abang kerna Allah

Nur Amirah termenung menerusi
jendela.Menikmati hujan yang
rintik-rintik di luar.Menikmati keindahan alam
ciptaan Allah.Sesekali
terdengar keluhan terbit dari mulut wanita
tersebut.Seolah-olah sedang
menanggung masalah yang begitu besar.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari
luar.Dengan pantasnya, Nur
Amirah berlari-lari membuka pintu.Muncullah
wajah yang
dinanti-nanti.Wajah suaminya Muhammad Noor
Irfan.
“Assalamualaikum abang.Maaf ye nur xdgr abang
ketuk pintu tadi.Lama ke
abang ketuk pintu?”Tanya nur Amirah selepas
menyalami suaminya.
“Awak buat apa tadi?.Berangan lagi lah tu.Tak
abis2 berangan.Saya
balik pun awak boleh tak sedar.”
“Maaflah abang.Nur tak sangka abang balik awal
hari ni.Maaf ye
bang.Abang nak air,nur buatkan”
“Tak yah lah.Abang nak mandi.Awak pergilah
sambung berangan. ”Jawab Irfan
Sejak akhir-akhir ni entah mengapa ada sahaja
kesalahan nur amirah
dimatanya.Kadang kala timbul juga rasa
penyesalan di hati kerana
marah2 tanpa sebab,tapi mengingatkan perangai
nur amirah yang sentiasa
bersabar dengannya membuatkan dia lebih
mengambil sikap tidak ambil
kisah.
“Kenapalah aku asyik nak marah si nur tu.Dia
lambat bukak pintu je
pun.Entahla,kesian jugak kadang aku tengok.Ah
lantaklah sape suruh
asyik berangan je kejenya.Dari dulu sampai
sekarang tak pernah nak
berubah.”bisik hati Irfan
Di dapur ,kelihatan Nur Amirah sedang sibuk
memanaskan lauk pauk dan
menghidangkannya di atas meja.Setelah selesai
menghidangkan makanan,
Nur Amirah duduk sambil menunggu
suaminya.Serentak itu,kenangan lalu
menerjah di ruang fikiran Masuk tahun
ini,genaplah tiga tahun usia
perkahwinan mereka.Muhammad Noor Irfan
dikenalinya sejak di bangku
sekolah lagi.Nur Amirah adalah pelajar baru di
sekolah SMK bkt
piatu.Dia ditukarkan ke Melaka kerana mengikut
keluarganya yang ingin
menetap di sini.Nur Amirah memilih jurusan
kejuruteraan dan disitulah
detik-detik pertemuan antara dia dengan
Muhammad noor irfan.
——————————————————————————————
———————–
Kelas 5 sains teknikal memberi berjuta memori
buat Nur Amirah.Tidak
disangka dia dan Irfan akan menjadi teman yang
sangat
rapat.Baginya,Irfan adalah anugerah dari Allah
yang paling indah
disaat hatinya betul-betul memerlukan seseorang.
Irfan adalah seorang yang sangat nakal dan gila-
gila walau pada
mulanya dia nampak seperti seorang yang
pendiam.Port yang paling dia
suka ialah di tempat duduk yang paling
belakang.Disitulah tempat dia
melayan perasaan sambil menulis surat untuk
awek kesayangan.Mungkin
kerana itu,pada mulanya nur amirah menganggap
yang Irfan seorang yang
pendiam.
Nak mengambarkan betapa nakalnya Irfan ni,satu
hari dengan muka yang
sedih dia datang menghampiri nur amirah.
”Weh pasni kita dah tak ley nk jumpa lagi kot.nak
borak-borak camni ke.”
”La napenye??”Tanya amirah.
”Aku kena buang sekolah lah.”
”Seyes ke.Ko wat ape??”
”Aku fly then kantoi.pastu aku kn buang sekolah”
”Ala,aku baru je rapat ngn ko.dalam kelas ni
mane ade lagi owang yang
aku rapat.Sedih aku tau..”
”Tak pelah nanti kita ley cntact lagi.Aku takkan
lupakan ko”
Sayu hati Amirah masa tu.Malam tu semalaman
dia berfikir.Then dia
decide nak buat satu kad perpisahan.Diletakkan
ucapan dan nombor
telefon supaya mereka dapat terus
berhubung.Homemade card,ingat
senang-senang ke nak buat.
Keesokannya,amirah pun memberi kad tu pada
Irfan.
”Weh nah,untuk ko”
”Apa ni weh ??”Tanya Irfan.
Then bley plak depan2 owang time2 tu jugak dia
bukak and baca kad tu.
”Weh seyesly,pape pon thankz tau.Tapi yang
semalam tu aku tipu je”.
Tersentak nur amirah dengar.Serentak dengan tu
dibalingnya kad tu ke muka Irfan.
”Pape pn thankz weh.susah2 je”..hahahaha.gelak
si irfan.
Selang beberapa minggu,satu mesej menghiasi
telefon nur amirah.
”Hai,bley berkenalan.Nama saya Roy”
”Eh sape lak ni msj aku??.”
”Awak sape ea.kita x kenal la orang nama roy.”
”Saya budak kelebang.Awak xkenal saya”
”Emm ak pun nga boring2.layan jelah mamat ni”
”Ok bley je nk knal =)” balas Amirah.
Tapi tiba-tiba dia teringat sesuatu,”Aku ni baru
pindah,cane lak owang
Melaka ley kenal aku.ni mesti pie ni.”
”Awak bkn roy kan.baek awak cakap awak
sape.Klu x saya malas nk
layan.”balas Amirah.
”Ok2..saya budak jasin”.
Haha dengar je bdk jasin amirah dah pat agak
dah.Ni mesti Irfan.
”Kureng ko.ko kencing aku hidup2..”
”Hahaha,sape suh ko caye.Ley berkenalan lak
tu..hahaha”
Sejak dari hari itu,irfan dan amirah tidak putus
mesej.Siang dan
malam.Malam mesej,siang jumpa di kelas.Hari-
hari dirasakan cukup
indah.Setiap hari mereka makin rapat.Dari telefon
mereka mula berani
lepak sama-sama dalam kelas hinggakan sehari
tak lepak sama rasa macam
ada sesuatu yang tak lengkap.Tapi satu yang
merunsingkan Amirah.Irfan
seorang yang malas belajar sedangkan dia
pandai.
Dan kerana itu Amirah setiap hari cuba memberi
semangat pada Irfan
untuk lebih berjaya.Dan siapa sangka hari ini
Irfan telah berjaya dan
jauh lebih baik dari amirah sendiri.
Oleh kerana mereka terlalu rapat,bibit sayang
mula terbit dihati
Amirah.Lelaki pertama yang dicintainya hingga
hari ini.Walau 7 tahun
telah berlalu rasa kasihnya pada lelaki itu tetap
sama.Lelaki yang
peramah,pandai berjenaka,mempunyai karisma
sebagai seorang ketua dan
sgt caring.Lelaki inilah yang telah mencuri
hatinya.
Tetapi sejak akhir-akhir ni semuanya tidak seperti
dulu. Suaminya
selalu marah-marah.Membuat dia buntu
memikirkan apa sebabnya.
“Hai kat meja makan pun nak berangan lagi ke?
”Tanya Irfan
“Maaf bang.Nur tunggu abang tadi.”Jawab
nur.”Jom makan abg.Nur masak
lauk kegemaran abang,daging masak
merah.Abang suka kan.”
“Emm bolehlah..jom lah makan”balas Irfan
“Abang tau tak tadi nur tengok ada cerita baru
tau kat tv.jalan cerita
dia best lah.pelakon pon hensem and cantik.Cuba
abang teka cerita
ape??”
“Emm cerita ape??.Ntah malas lah nk teka-teka
ni.”Jawab Irfan.
”Perempuan ni tak abislah asyik nak tanya aku
benda yang
sama.Bosanlah.Suruh teka cerita apelah.Mcm
budak-budak.macamlah tak de
benda lain nak tanya.Rimas tol aku.”bisik hati
Irfan.
“Ala abang tekalah.Nanti tak suprise”jawab
amirah
“Abang tak tau lah!!..bley tak awak masa makan
jgn nak bercakap.Nak
makan pun boleh hilang selera tau camni.”
“Maaf bang.Nur tak cakap lagi.Kita makan dulu
eh.Abang janganlah marah..”
“ok”balas irfan
——————————————————————————————
————————————————
Selesai makan dan membasuh pinggan,nur
amirah mencari kelibat
suaminya.Dilihat suaminya sedang asyik
menghadap handphone sambil
menaip mesej.Sejak akhir ni kelihatan suaminya
seperti tidak boleh
langsung berenggang dengan handphone.
“Abang buat apa tu?”Tanya Amirah
“Tak Nampak ke?..Tengah taip mesejlah”
“Boleh tak nur tanya sesuatu”
“Emm tanyalah.pe dia??”
“Abang mesej dengan sape ye?”
Irfan diam.Pertanyaan Amirah dibiarkan sepi tidak
berbalas.
“Abang,nur tanya ni.Abang jujurlah ngan nur”
“Okeylah.Awak nak tau sangat kan.Dengan awek”
Tersentak nur amirah mendengar pengakuan
Irfan.Serasa seperti hendak
gugur jantungnya.Hatinya terasa panas
mendengar kata-kata Irfan.
“Sampai hati abang buat nur camni.Nur setia ngn
abang.Sayang abang ni
ke balasan abang pada nur”
“Saya malas nak komen pape.Awak boleh fikir apa
awak nak fikir.Tapi
saya ada fikiran saya sendiri dan apa yang saya
rasa sendiri.Orang
lain takkan faham dan tahu.Okeylah saya nak
keluar”
“Abang nak pegi mana.Abang….”
——————————————————————————————
————————————————
Nur Amirah menangis teresak-esak.Dia mendail
nombor telefon Irfan
berkali-kali.Tapi hanya mesin peti suara yang
menjawab.
“Abang,nur minta maaf sb tinggikan suara
tadi.Nur tak sengaja.nur
Cuma rasa marah dan terkejut sangat.Abang
maafkan nur..”
“Ya Allah,sesungguhnya aku tak bermaksud untuk
membuat begitu.Ya Allah
kuatkanlah hati hambamu ini.Mungkin perkara ini
terjadi kerana
kekhilafanku sendiri.Mungkin aku yang tak
sempurna untuknya hingga dia
mencari yang lain ” bisik hati Amirah.
Semalaman Amirah menungu Irfan hingga
terlelap.Keesokan pagi
dilihatnya Irfan telah pergi berkerja awal pagi
tanpa
mengejutkannya.Sayu hati Amirah.Malam itu
sekali lagi Amirah setia
menunggu suaminya.Sekali lagi Amirah
menunggu hingga terlelap.Pagi itu
Amirah terjaga.Jam telah menunjukkan pukul 3
pagi.Lega hati Amirah
melihat Irfan telah pulang dan tidur dengan
lenanya.Terus Amirah
mengambil air semayang dan menunaikan solat
tahajjud memohon agar
rumah tangganya dilindungi Allah.
Selesai solat Amirah merenung wajah suami yang
dikasihinya.Kasihnya
tetap mendalam walau mungkin hati suaminya
bukan padanya lagi.Amirah
mengambil satu kertas lantas ditulis
Buat suamiku Muhammad Noor Irfan,
Abang,nur minta maaf andai selama dengan nur
abang merasakan nur tak
memberikan yang terbaek.Sejuta keampunan nur
panjatkan pada abang atas
ketidaksabaran nur dalam menghadapi masalah
dan ujian ini.Nur bukan
isteri seperti saidatina Fatimah r.a,puteri nabi tapi
nur cumalah
isteri di akhir zaman ini.Seorang isteri yang
sentiasa belajar dan
cuba bagaimana untuk menjadi isteri
solehah.Ketidaksempurnaan nur
telah melukakan abang tanpa nur sedari dan
kalaulah abang tau betapa
ianya melukakan hati nur kerana tidak dapat
menjadi isteri yang
sempurna pada abang.Abang kalau abang izinkan
untuk memberi nur
sedikit masa lagi,nur akan cuba abang untuk
menjadi lebih baek.Nur
tetap akan sayang Abang selamanya hingga ke
syurga.
Sincerely,
Nur Amirah
Irfan masuk ke bilik dengan perlahan-lahan.Tidak
mahu mengejutkan
isterinya yang sedang tidur.Sudah 3 bulan dia
tidak bercakap dengan
isterinya itu.Timbul rasa penyesalan yang amat
sangat.Wanita yang yang
dimesejnya mana mungkin dapat menandingi
isterinya nur amirah.Entah
apa yang menghasut fikirannya kala itu hingga
sanggup melukakan hati
isterinya sendiri.Wanita yang sudah 7 tahun
dikenalinya.Surat yang
ditulis isterinya berkali-kali telah dibacanya.Rasa
sebak didada
setiap kali membacanya.
Perlahan Irfan menghampiri isterinya.Tanpa
disedari Nur Amirah tersedar
dari tidur.
”Abang dah balik.Maaflah nur tertidur dulu.Tadi
tunggu abang tapi
tertidur pulak.Ingat nak kol abang tapi takut nanti
abang serabut ngan
nur.Abang nak makan.Kalau nak nur panaskan
lauk”.
”Tak pe abang tak rasa nak makan
pun.Nur,abang nak minta maaf ngan
nur.Banyak dosa abang pada nur.”
”Kenapa ni abg.Jangan cakap camtu.Nur pun
banyak salah pada abang”.
”Abang seyes ni nur.Abang betol nak minta
maaf”.
”Abang dah la.nur da lama maafkan abang.Tak
ade dosa abang pun pada nur”.
”Terima kasih nur. Nur boleh abang Tanya
sesuatu? Kenapa nur sayang
sangat kat abang? Abang dah buat macam-
macam pun, cinta nur tetap untuk
abang? .
”Sebab nur cinta abang kerana Allah. Sebab cinta
nur pada abang bukan
pada kelebihan abang saja tapi nur cinta
kekurangan abang.Kalau nur
cinta kelebihan abang je nanti abang dah bukan
suami yang nur
cintalah.Nanti da jadi orang lain.Nur tak nak lah
camtu.Nur nak cinta
abang je..hehe”gurau amirah.
”Hehe..yelah sayang. Abang akan cinta nur
kerana Allah jugak pasni
ye”balas Irfan.
.
Ya Allah sesungguhnya inilah saat yang
kuharapkan.Muga saat ini akan
kekal selamanya.Berkatilah perkahwinan kami ya
Allah.Campakkanlah rasa
kasih dan cinta kepada hati kami supaya rasa ini
dapat kekal selamanya
hingga ke syurga.
Amin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar