SELAMAT DATANG

.

Pages

Jumat, 27 September 2013

Cinta atas nama Allah

Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada
seorang gadis. Cintanya pun berbalas . Namun
malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang
tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta,
gadis itu mencari alternatif, Aku datang padamu,
atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap
ke rumahku , begitu penjelasannya.
Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut
pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!
itu jawapan pemuda itu sekaligus membuat sang
gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya
dengan kekuatan cinta.
Jadi dia masih takut pada Allah? , kata hati kecil
gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba
dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun
bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk
beribadah. Tetapi cintanya pada si pemuda
tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah
menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan
doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu,
dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya
telah pergi membawa semua cintanya. Maka
kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan
rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa, si
pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-
tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik,
sangat cantik. Apa kabar? Bagaimana
keadaanmu setelah permergianku, tanya sang
gadis.
Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana
bagaimana? jawabnya.
Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup
tanpa akhir. Jawab sang gadis.
Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku
selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu
denganmu? tanya pemuda lagi.
Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu
berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga,
teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi
engkau akan menyusulku.. jawab si gadis.
Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang
pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta,
dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas
nama cinta pula Allah akan mempertemukan
mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu
dan berpisah kerana Allah, mengantarkan
pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya
bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan
Menghidupkan . Cinta di atas cinta, dan adakah
yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang
begitu mencintai kita? yang tak pernah
meninggalkan kita di saat kita gusar dan
bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta
mampu mengangkat manusia menduduki posisi
paling agung, ketika manusia mampu
menempatkannya pada posisi terhormat di relung
hatinya.
Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat
seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi
kemuliaan cinta yang hujungnya adalah
menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya
tidak akan resah kalau – kalau cintanya ditolak.
Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah
yang Maha Sempurna akan membuat dirinya
tidak takut akan kenyataan. Apalah erti
kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang
yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu
terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha
Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan
di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang
menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu
bersemayam. Cinta kepada Allah akan
mewariskan kecintaan para hamba-Nya.
Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya
akan mengundang murka-Nya dan murka
makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya
mencintai Allah saja dalam hatinya, dan
mencintai makhluk hanya sekedar mencintai
kerana-Nya.
Semestinya kita mencintai seseorang kerana
imannya, dan membenci seseorang kerana
maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi
mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta
yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana.
Amin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar