SELAMAT DATANG

.

Pages

Jumat, 27 September 2013

Menangis

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.
Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di
akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di
dunia akan gembira di akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang
hilang . Perindu akhirat menangis kerana dunia
yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang
Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang
mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa
kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari
Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air
mata insaf mengharap kemenangan .
“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang
menang.”(al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup, justeru ; Hidup
dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan
diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam
dua tangisan. Sama ada yang membawa untung
atau merugikan.
.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama
titisan darah para Syuhada dan titisan air mata
yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan
seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada
tasbih para wali.”
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan , kerana
ada tangisan yang akan mengakibatkan diri
menangis lebih lama dan ada tangisan yang
membawa bahagia untuk selama-
lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana
dosa adalah lebih baik daripada Abid yang
berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia
akan bertakhta.
Nabi bersabda :
“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih
ALLAH sukai dari satu kebaikan yang
menimbulkan rasa takbur.”
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.
Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang
wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras
hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya
kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair :
“Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa
kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,
lebih banyak daripada perkara yang
menyenangkan. “
Salafussoleh menangis walaupun banyak
beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya, kita
ketawa walaupun sedar diri kosong daripada
amalan. Lupakah kita Nabi pernah
bersabda : ” Siapa yang berbuat dosa dalam
ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam
keadaan menangis.”
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.
Kita menangis kalau yang kita cita-citakan
terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan
menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah
berfirman :
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia
amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu
menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk
bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu
tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka
dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak
di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu,
nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di
sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,
menyemarakkan rasa malu berabad-abad
lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah
yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai
yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam
yang menangis bertaubat, maka suburlah dan
sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu
memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali
seorang, aku takut akulah orang itu.”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila
ditanya :
“Kenapa engkau menangis?”
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar
berperang,”jawabnya .
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak
sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan
matanya dari memandang ke langit seumur hidup,
lalu berkata :
“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan
dengan pandangan itu.”
.
Ibnu Masud r.a.berkata :
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu
malam ketika orang lain tidur,dan waktu
siangnya ketika orang lain tidak berpuasa,
sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan
tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya
di waktu orang lain berbicara, khusuknya di
waktu orang lain berbangga, seharusnya orang
yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan
tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam,
lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak
berhibur :
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati
itu di belakang kami,kubur di hadapan
kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu
kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”
Menangislah di sini,sebelum menangis di sana..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar